Monday, September 19, 2011

~~hannah insyirah da kena chicken pox~~

salam...
post kedua utk hari ni...
hannah insyirah kena chicken pox... huhu
gara-gara terjangkit dari bapak la nih...
tapi x bape bnyk la... mcm xde gaye chicken pox pun ye gak...
dr cakap cam alahan.. naik merah2..
x demam.. x meragam... mcm biasa je.. cuma naik merah2 kat muka, badan n kaki ckit2...
harap2 cepat sembuh ye sayang.. anak ibu kan kuat...

2 beranak kene chicken pox dlm tempoh 2 minggu.. tp mmg beza bby, bdk kecik n org dewasa kena...
bby- insyirah
bdk kecik/kanak2- saya la(sy kena masa darjah 6)
org dewasa - bpk insyirah a.k.a en5zul

bila bby kena mcm ckit2 je x bnyk brape bnyk
bila sy kena dlu bnyk jugak tapi x demam teruk
bila en5zul kena bukan main teruk lagi.. 2 minggu mc.... arini baru stat keje... mmg smpai dmm, muntah2, sakit badan, bisa2 badan... x lalu mkn.. memang teruk tgknya...

ni sikit info ttg chicken pox


Chicken Pox

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
 

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 


Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan 
    1.Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah 
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
  

~ hannah insyirah berhari raya ~

assalamualaikum...
adoyai nya pun.. lembap sungguh nk update blog nih...
ni pukal punya update. letak skali beberapa post.. hahah
ok la harap2 x lambat lagi nk update pasal hari raya...

ini syawal pertama insyirah... maka sgt best.. hehe

1 SYAWAL
malam raya sy bermalam kat umah tokmak sy kat rengit, batu pahat... maklumlah rmh family en5zul penuh... sbb abg2 nya smua balik... so pg raya tu kat rengit la... after solat sunat aidilfitri... sesi2 bersalam2an dan bergambar2an.. around kul 11 lebih balik rumah family en5zul kat senggarang, batu pahat.. dekat je.. dalam 15 min da sampai... so raya kat sana pulak... amik2 gambar.. p umah saudara mara terekat.. lepas zuhur p umah atok en5zul kat punggur, rengit, batu pahat... raya pertama... area dekat2 jek.. heheh bnyk jugak hasilan duit raya insyirah.. maklumlah sekali duit bby baru la katakan... so petang ckit balik umah family saya kat benut... (yay seminggu raya mmg duk benut je....sbb umah MIL full haouse..). malam berehat2 kat rumah sbb insyirah da keletihan... yg bagusnya insyirah sgt behave... x meragam pon... baik je.. malam mmg bantyai tidoq la....

dengan nenek ayah n nenek emak.. 

my beloved family.. tambah kagi sorg.. insyirah... wif granny, tok mat, cik ah ngn cik cat..( pelik2 gelaran mereka)



family en5zul.. smua adik beradik dia balik... 

ibu n insyirah

bapak n insyirah
hannah insyirah dgn sepupunya damia nasuha


2 SYAWAL
Raya kedua ni raya belah saudara mara saya pulak... p umah pakcik2 saya kat area2 benut n rengit... Malam pulak ada family day sepupu sepapat belah abah saya kat parit pinang, benut... Sangat ramai family hj ehsan ni (atok abah saya)... mmg best la dapat kumpul n makan2... dapat jumpa hampir semua sepupu2 saya.. hehe insyirah layan tido je... letak je dalam stroller...mercun berdentam dentum pon dia buat tak layan. lena sgt tidonya....

tdo dgn cik cat

muka tension.. hehe
dgn ibu dlm kete.. muke berkerut..


3 SYAWAL
Raya ketiga mmg pulun habis2an raya belah family en5zul... dari batu pahat, ke benut ke air hitam.... dari pagi smpai ke malam.. kul 11 baru selesai smua... pergh ini mmg penat... insyirah releks je... sgt behave... baik betol anak ibu sorang nih...




4 SYAWAL
Pagi duk umah saje... tunggu kwn2 n sedara mara dtg... ptg p umah tokmak kejap.. jumpa sepupu2 yg baru balik... malam ada barbeque kat umah MIL.. sedap..hehe.. en5zul mula tak sihat....

5 SYAWAL
balik senggarang... rileks2...tghari p klinik.. en5zul naik merah2 kat badan n muka.. ingat alergic.. rupa2nya chicken pox... so bermula la sesi kuarantin kat rumah... sampai la 13 syawal baru balik ke perak mula kerja.. hehehe

so kejap je la kami berhari raya.. tapi total kutipan insyirah agak bnyk jugak la... dekat2 bonus ibu setengah bulan... heheh so da bukak kan akaun tabunghaji utk insyirah... n daftar haji utk kami berdua.. mak oi... kalo daftar haji skrg pun... 2041 baru dapat pegi... 30 tahun lagi tu... patutla abah punya la beria suh daftar.. isk isk isk...

p/s hannah insyirah kena chicken pox.. huhuhu jangkit dari bapak...

Tuesday, September 6, 2011

aidilfitri 1432 H

Assalamualikum...
lme sgt x update.. masih blum terlewat utk ucapkn
salam aidilfitri... 
selamat ari raya.. 
maaf zahir batin....
alhamdulillah aidilfitri kali ni sgt bermakna dgn kehadiran si comel hannah insyirah...
bnyk nk citer pasal aidilfitri kali ni.. nantikan en3 'hannah insyirah berhari raya'

tema biru gelap... nanny sponsor..hehe
 

Designed by Alieff Artwork