Tuesday, January 31, 2012

~~happy 8 months lil baby

asalamualaikum...
alhamdulillah 31/1/2012 genap 8 bulan hannah insyirah.. (x semua bulan ada 31..hehe)
sedar tak sedar lagi 4 bulan je da nak 1 years..

perkembangan terkini hannah insyirah


- badan mantain kecik.. tak debab pon... x cecah 8kg lg pon agaknya..hahha
- merangkak da laju.. pantang lepa kejap je da kat mane2...
- da pandai berdiri bila berpaut... n da boleh duduk balik dari berdiri.. sblum ni kalo da berdiri x reti nk duduk.. meraung sbb takleh nk duduk
- suara mantain kuat kalo menanges... adoyai... jerit mcm sampai nk ilang suaranya..
- mulut makin becok.. bising je mulutnya.. time org tido pun dia bgn membebel sorg2..
- suka memanjat.. lagi2 panjat ibu ngn bapak..
- skrg ni kalo mkn mknn sendiri taknak sgt... nk mknn yg ibu n bapak makan.. adoyai...
- gigi tak tumbuh lagi... whahahah kwn2 lain smua da ada gigi...
- mmg ank ibu.. nk melekat je dgn ibu... kalo tak nmpak ibu nanges tros.. adoyai manjenye.. apa pun tak boleh!!!heheh
- time dlm kete ngn ibu waktu pegi n balik keje.. sgt behave... takde la melalak2.. membebel2 je... heheh
- rambut da panjang da leh ikat....
- da wat gmbr pasport..wihiii....punya la pyh nk bg senyum.. x senyum pon last nye.. gmbr dlm cd x amik lg so xlrh nk tepek muka skema dia tu...

ibu n bapak luv u so much sayang.. wiken ni bapak bwk jalan2 ye.. hahahha



anak ibu yg omel...



Wednesday, January 25, 2012

~~1 impian hampir tercapai...

assalamualaikum..
bnyk nya entry hari ni..
mud tgh dtg utk bercerita,, ehehhe

alhamdulillah awal thun aritu ada listkan keinginan n azam tahun baru.. leh refer entry ni.. azam 2012

salah satu keinginan dan impian adalah memiliki rumah.. jeng jeng jeng..
tapi impian nak cari rumah semi D.. ada tanah la ckit utk bercucuk tanam,,
tapi lepas dikira ditolak tambah bahagi darab..  kemampauan tu tak mencapai la kehendak itu... tapi alhamdulillah... impian utk memiliki rumah hampir terlaksana... walaupun 2014 baru siap..
tapi mmg berpuas hati la... heheh akhirnya 3 tahun bekerja dapat jugak buat aset... ouh ye pakai loan saye sbb government kan.. husband swasta.. so rate tinggi la ckit.. da ada kemudahan loan gov so guna jela..

bukan rumah bsar pon., tapi cukupla utk kami ank beranak tinggal.. rumah teres dua tingkat di Bandar Universiti Seri Iskandar Perak... jadi org perak la dema.. hahaha
gambar takde la sbb rumah tak siap lagi.. heheh

~~CNY holiday....

assalamualaikum smua...

best ke mommy2 smua bercuti??? hehehe
kami 3 beranak tak kemana pun..
last minute planning utk balik johor..
heheh tetiba rasa rindu kat mak n abah..
asalnya taknak balik pun.. nk lepak2 kat t.intan je..
tetiba hati cam sayu je tgk kawan2 sekerja smua balik kg...
pagi2 sabtu buat muka sedih kat husband...
bermula dialog suami isteri

Si isteri (I) buat muka sedih yg amat di pagi2 hari Sabtu...


Suami (S) : Knape???


I :  takde pape....
 (buat muka sedih lagi)


S :  demam ke??
(sbb aritu sy demam)


I  :  x la . (buat muka sedih lg)


S : nk balik kg ye... jom la balik kg.. kul 1 nanti gerak..


I : takpe ke??? (muka da kembali ceria)


S : jom la.. boleh je...


si isteri trus tersenyum lebar sambil buat sarapan pagi (goreng cempedak).. heheheh 


akhirnya dpt jugak balik kg.. hehehe walaupon kejap je... sbb ari isnin da balik t.intan sbb takot jem... terubat jugak rindu kat my family tersyg.. hehehe balik dapat baju kurung baru lagi.. hehehe mak blikan.. mmg la ank mak ni.. kuikuikuikui

Friday, January 20, 2012

~~ bengkak susu/mastitis

assalamualaikum...

hehehe selasa tgh malam/ rabu pagi2 buta... ibu diserang bengkak susu.. pelik mmg pelik sbb slalu org baru bersalin je kan... da la mmg x penah kena walaupun masa p kursus,,, sebabnya mmg salah ibu la... x pump susu masa keje.. bz sgt smpai x sempat.. ada jugak tyme x sempat pump.. tapi balik insyirah tros df .. kebetulan malam tu insyirah tido awal.. + ibu minum milk booster ibu... tetiba kul 1 pagi breast jadi bengkak mcm nk pecah.. kebetulan pulak masa tu pump tertinggal kat opis.. kena la marmet.. tapi kejap je... tros bg df kat insyirah mase dia tgh tido... lps tu baru lega sikit.. ingat da ok,,, pagi2 nya bgn tido tros kena tanda2 bengkak susu /mastitis
1)sakit kepala
2)lenguh2 badan/ keletihan
3) demam
4) seram sejuk
... pegi keje jgk sbb ari rabu tu kna uruskan pembelian rumah (story kemudian ye)... mmg dgn demam2 tu la.. esknya ingt da ok... still jgk demam... terpaksa la p klinik amik mc... dr siap ckp mujur baru 2 hari... kena jangkitan ni... bagi antibiotik utk elakkan nanah.. kalo da bernanah boleh sampai kena korek.. tatot!!!!
moral valuenya : pump la susu anda.. heheheh

ni ada sikit info pasal bengkak susu


Apakah itu? 

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada. 

Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan. 

Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. (Harap ini menyenangkan hati anda!) 

Apakah puncanya? 

Apa yang diketahui ialah mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu" yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar. Selalunya ini ialah sebab bayi anda tidak mampu mengosongkan buah dada anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi anda kurang tahu bagaimana untuk melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah pembengkakan buah dada yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual atau trauma kepada buah dada, yang mana akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis. 

Mastitis yang berasalkan infeksi mungkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman; tetapi, bagaimana infeksi boleh melarat ke buah dada adalah kurang difahami. Sesetengah wanita yang pernah menghidapi mastitis juga mempunyai puting yang merekah dan infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur puting dan terus ke sistem limfa buah dada. Ada pula pakar yang berpendapat bahawa mastitis dan puting merekah adalah simptom yang disebabkan teknik melekap yang kurang baik, jadi kedua-dua perkara ini boleh dikatakan berkait juga. 

Anda mungkin akan dijangkiti mastitis jika anda menjadi ibu buat pertama kali tetapi ibu-ibu yang lebih berpengalaman menyusu juga boleh menghidapinya. Mastitis boleh berlaku pada bila-bila masa semasa anda menyusukan anak tetapi biasanya ia berlaku dalam bulan pertama selepas bersalin semasa anda baru mula belajar tentang penyusuan. 

Bagaimanakah saya boleh merawatnya? 

Jangan berhenti menyusu – ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda akan menasihatkan anda supaya berjumpa dengan kaunselor penyusuan atau dia akan memberikan anda antibiotik atau kedua-duanya, bergantung kepada tempoh jangkitan dan berapa serius keadaan anda. (Tanya doktor anda sama ada ubat yang dipreskripsikan kepada anda boleh menjejaskan bayi anda, tapi maklumlah bahawa antibiotik yang biasa diberikan untuk mastitis adalah selamat untuk bayi). Dia juga akan menasihatkan anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat menahan sakit dan bertuam dengan jaram panas. Dalam masa 24 jam berikutnya, apabila antibiotik mula menunjukkan kesan, anda akan berasa lebih sihat, dan kesan yang sama juga diperolehi jika tiada berlakunya infeksi. 

Jika anda menghadapi masalah yang mana bayi anda kurang cekap melekap dan menyusu dengan baik, antibiotik tidak akan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Untuk mengelakkan daripada mastitis, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Baca dengan lebih lanjut panduan terperinci untuk penyusuan bagi menentukan sama ada bayi anda sudah boleh melekap pada buah dada anda dengan betul. 

Anda boleh meminta doktor anda merujukkan anda kepada kaunselor penyusuan atau anda boleh meneliti senarai organisasi penyusuan sebagai sumber tambahan untuk mendapat nasihat. Bacalah artikel kami mengenai duktus tersumbat untuk tip-tip bagaimana boleh mencegah mastitis daripada berlaku berkali-kali dari awal lagi.

Ada juga ibu yang enggan menggunakan antibiotik sehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada. Mungkin anda mahu mencuba penyelesaian sendiri, tapi dalam pada itu, pastikan juga antibiotik ada dalam kabinet bilik mandi sekiranya diperlukan nanti. Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya. 

Sama ada anda bertindak untuk mengambil antibiotik dengan segera atau menunggu sehingga 24 jam dahulu, anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut: 

• Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul. 

• Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik. 

• Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu. 

• Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik. 

• Ada ibu mendapati pam buah dada dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit

• Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin. 

• Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan. 

• Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada. 

• Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan. 

Berapa lamakah ini akan berterusan? 

Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika buah dada anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda. 

Perlukan saya berhenti menyusu jika saya menghidapi mastitis? 

Tidak. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau, anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran susu. Cuba letakkan flanel yang hangat pada buah dada untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan – ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan. 

Jika bayi anda tidak mengosongkan buah dada yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam buah dada untuk mengosongkannya. Dan jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol. 

Adakah ia menjejaskan bayi saya? 

Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda. 



Tuesday, January 17, 2012

~~ 1st time hannah insyirah demam..

salam semua...
last friday si dudut ni demam pulak..
tinggi jugak 38.5'C..
cuak kejap ibu.
maklumla anak ibu ni mane penah demam sejak lahir..
da la bapak out station... tinggl kami berdua..
mmg tak tido lena la ibu...
alhamdulillah lepas p klinik.. esknya insyirah da ok balik...

tapi naik pulak merah2 kat badan...
p klinik lagi.. rupa2nya alergic antibiotik pulak...
cian anak ibu....
get well soon syg...

p/s orang kata kalo demam tu nk pandai sesuatu... ehhehe harap2 betol la.. masih menunggu gigi si dudut ni tumbuh... tapi pas baik demam tu lebih bnyk suku kata keluar dari mulut dia... papapa... tetetet...babababa (sblum ni cuma mamamam.. ekek ek je...)

ni la rupa budak dmm...

Thursday, January 12, 2012

~~ semester baru bermula

assalamualaikum...
wahh sem baru da stat.. so bermula la sesi pembelajaran dan pengajaran...
erm ok sy stat bz... ni pon bos baru bg keje...

out dlu...

Wednesday, January 11, 2012

~~wordless wenesday ~~tempat main baru

suka yg amat bila letak dia dlm bakul...

Monday, January 9, 2012

~~azam 2012

assalamualaikum...
alhamdulillah syukur masih diberi peluang utk hidup di muka bumi Allah...
syukur atas segala kurniaan Allah..
terasa lengkap kehidupan kini...
ada suami dan anak di sisi...
ada pekerjaan tetap..
ada kenderaan sendiri...
yg paling indah akhirnya setelah 2 tahun doa yg 1 ini.. utk tinggal bersama suami dimakbulkan..
so tahun 2012 mungkin lagi mencabar... sbb bermula la hidup sebagai satu keluarga...
heheh so takleh bermalas2 lagi la...
mcm kerja rumah menunggu.. ehehhe

so alhamdulillah azam tak berapa azam la tahun lepas... bnyk kepada keinginan... heheh bnyk yg da terlaksana...
ada bby yg comel... dan husband dpt tinggal skali... no more pjj...

so smbungan azam dan keinginan tahun 2010

1) memperingkatkan iman dan amal terhadap Nya
2) menjadi isteri yg lebih baik dan solehah utk suami
3) menjadi ibu yg bertanggungjawab dan terbaik utk anak..
4) dppt membalas jasa abah dan emak dan jadi anak yg lebih bertanggungjawab...
5) membertingkatkan kualiti kerja dan menjadi pekerja yg lebih bertanggungjawab.=P
6) menambah tabungan dan simpanan utk diri, keluarga dan anak


hahah yg atas tu azam yg skema

yang keinginan pulak

1) rumah semi-D di Perak ( mak oii rumah skrg kat t.intan da mahak sungguh.. semi d paling murah 260 k)
2) Beli perabot baru... har har har (padahal baru abeskan bonus kat ikea)
3) Samsung Galaxy S II (en suami tlg dgr rintihan hati sy yang 1 nih.. heheh)

tu je kot.. hahah akan ditambah dari semasa ke semasa... hahahhah
 

Designed by Alieff Artwork