Wednesday, February 22, 2012

~~wordless wenesday~~si chantek ibu...

assalamualaikum...

si cantek ibu.. da ada iras muka ibu tak??? heheh

Tuesday, February 21, 2012

~~ blog berwajah baru

salam...
yippie blog berwajah baru... 1st time amik designer yg pro design kat blog..
alhamdulillah mmg sgt cantik dan puas hati... tQ alieff for the great design..
sbnrnya aritu tgk blog cik puan bunga cantik sgt alieff tu buatkan..
so sy pon try reqeust design blog... ok la dgn harga yg berpatutan dapat la design blog y sgt cantek...
harapkan diri sendiri mmg tak la nk buat design yg sgt cantik... slalu pakai free template je...

puas hati mak!!!! hahahah

Monday, February 20, 2012

~~ nur hannah insyirah anak ibu yg solehah

salam...
entry basi sbnrnya.. last week x sempat nk post...
aritu balik keje ngah bosan2 tunggu bapak balik... pakaikan la insyirah tudung bawal kegemaran ku...
nak pulak tu dia.. dia bat tak kesah je... lame tu dia pakai
siap main2 bagai... buat dekk je tak tarik2 pon... pandai anak ibu...
insyaAllah da besar nanti pakai tudung ye... tutup aurat..
jadi anak yg solehah... ameen










layan gambar.. hehe

Tuesday, February 14, 2012

~~insyirah da pandai marah2.

assalamualaikum smua...

harini nk citer pasal kerenah si dudut sorg nih...
smlm amik dia dari umah pengasuh, pengasuh citer dia lanyak kawan dia harini..
heheheh bs insyirah jaga dua org termasuk insyirah.. dorg ni sebaya..
kawannya ni lum pandai meniti cam insyirah tapi d atumbuh gigi..
kawannya ni kuat menjerit... sikit2 menjerit..
ntah macam mane insyirah geram harini kawannya tu asyik jerit je...
dia pegi kat kawan tu..pnjat atas dia n tarik rambut... heheh
lawak la budak ni..insyirah2... pandai marah da..

kalo dgn ibu n bapak pon d pandai marah..
bila dia tgh pegang/main sesuatu.. tetiba kita tarik/ amik brg dia.. tros marah n menjerit dudut ni
kalo bg susu lmbt pon da pndai mrh2...

smlm citer kat hsband.. dia pon slow talk dgn anaknya tu.... hehe ckp jgn ganas2 sgt... main baik2 dgn kawan..
heheh insyirah insyirah....

Monday, February 13, 2012

~~nak S2 dapat W

alhamdulillah
dapat menumpang rezeki en suami... heheh
tq sayang..

kalo ikut keinginan list azam 2012 sy nk samsung galaxy s2.. heheh kan kan kan....
tapi maklumlah mahal beno harganya....
alhamdulillah dapat samsung galaxy W... murah ckit..
tu pon atas belas ihsan suami... maklumlah jeles kat dia yg dapat beli mcm2..
sekaligus beli motor (sng nk bwk masjid katanya.. moto yg lama tinggl kt johor bg adik2 pakai,,,), bli hp baru..bli tv baru letak dalam bilik utk main game...
si isteri tgk jela maklumla mane penah dapat bonus bnyk camtu...
pastu tgk muka isteri yg kesian tu... si suami dgn baik hatinya pon blikan la utk si isteri...

tq sayang.. mmuah!!!hahah

p/s : alhamdulillah 2/3 dari keinginan tahun 2012 da tercapai... so azam yg real punya kena la diusahakan... heheh

~~pavlova

salam semalam dengan jayanya buat pavlova...
hahah  buruk giler tapi sedap.. hahahha
ini dia rupanya...

sy amik resepi kt  sini

Friday, February 10, 2012

~~perkembangan bayi 8 bulan

salam..
insyirah da 8 bulan ++
alhamdulillah dia membesar dgn sihat...
walaupun badan nye kecik je.. baru 7 kg++ mase 7 bulan...
tapi alhamdulillah aktif kemain...

ni info from babycenter...


Duduk, merangkak dan berdiri (done.. laju da)

Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung. 

Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi. 

Menggunakan tangan( ni pon da ) 

Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya. 

Sifat semakin emosional ( mmg semakin emo)

Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis. 

Apabila berpisah (mmg takleh berpisah dgn ibu)

Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tandakebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain. 

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya. 

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda. 

Mengeksplorasi objek ( ni pon da pandai)

Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kitamelakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya. 

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali. 

Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya. 

Penglihatan yang semakin baik ( da boleh nampak kalo ibu jauh.. benda kecil cam habuk po nampak)

Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik. 

Adakah bayi saya membesar dengan normal? 

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya. 

Thursday, February 9, 2012

~~tempat kurungan hannah insyirah

salam...

heheh semenjak dua menjak ni malas pulak nk update..
hahha lagi2 sejak kebelakangan ni insyirah asyik nk melekat jek..
pantang kalo tak nampak ibu... mula la nanges...

tapi kalo ibu bnyk keje.. bapak pun malas da nk layan.. letak la dalam kurungan nye nih
hehhe... sbnrnya dulu katil insyirah tapi takde nye dia nk tido kat katil dia lagi.. nk tido tgh2 antara ibu n bapak..
tido tepi taknak..
so kami smbung la katil kami dgn katil single... luas la cikit... mklumlah masing2 tido kemain lasak lagi... katik queen tu tak muat nk menampung kami bertiga..
so tpt tido tu tukar la jadi playpen.. tpt kurungan insyirah.. tapi kejap je tahannya,,
da bosan terkurung meraung la dia...
kalo bebas kan nya.. merangkak2 ntah kemana... paling suka p dapur dgn pintu sliding door.. palins suka lagi bersihkan habuk2 yg dia jumpa.. ish ish ish...

skrg ni syirah da pandai meniti...kat sofa n meja... hehe

awal2 seronok kena kurung lame2 nanges bosan...

Thursday, February 2, 2012

~~ Hannah Insyirah da ada Pasport

assalamualikum kawan2 smua...

hari ni ibu da berjaya buat pasport si dudut ni... alhamdulillah smua berjalan lancar..
kejap je buat.. mujur tak brapa ramai org.. smpai dkt kul 9, kul 9.30 setel byr smua... 10.30 pasport da siap... cepat kan... tq to staf2 jabatan imigresen teluk intan yg pantas dan cekap.. dan ramah..heheh insyirah pon elok je baik tak meragam..

ok sy list kan apa yg perlu di bawa utk buat pasport anak.
- borang (boleh dapat kat situ or by online)
- surat beranak original ( fotostat jugak)
- ic ibu original dan fotostat
- gambar bby berukuran pasport ( 2 keping)
- duit ( RM 150 utk 5 tahun-ada offer, RM100 utk 2tahun..)
- bawak anak jugak.. n ingat tinggi anak.. sy main bantai je tinggi dia.. sbb lupa..hehe tapi kat situ ada penyukat tinggi tu...

dekat situ ada jugak tpt menangambil gambar dan fotostat... tapi mahal la cikit.. fotostat pun da 60 sen...

ok layan la muka pelik insyirah nih

si mata bulat dengan toncet baik punya!!! 
 

Designed by Alieff Artwork