Wednesday, February 12, 2014

Update setelah sekian lama..

Assalamualaikum...

Perghhh berhabuk blog.. lame giler x update. Lat hapdet tahun lepas... 2014 da bulan Februari... Punya la malas nak hapdet.. amik ko... malas bersebab.. hahaha 

Banyak nak hapdet kali ni.. 

1) Impian 2013 yang terlaksana
2) Azam dan keinginan 2014
3) Hapdet terkini ibu n syirah.. hahah

IMPIAN 2013 YANG BERJAYA


ni planning 2013 yang dirancang.. 


3: PLANNING 2013

1) Menjadi muslimah yg beriman dan bertakwa.. ibu mithali dan anak dan isteri yg solehah.. InsyaAllah (insyaAllah yang ini perlu berterusan.. sehingga ke akhir hayat. )
2) Umrah.. InsyaAllah.. (Alhamdulillah. Feb 2013 kami bertiga berpeluang menjejakkan kaki ke rumah Allah, Mekah dan Madinah. Ini sangat-sangat bermakna buat kami)
3) Holiday Bandung with family ( yang ni ditangguhkan atas sebab2 family.. hehe kekangan masa nk set date)
4) Preparation for new home.. (Simpan duit utk bli perabot idaman n renovate dapur) (yang ni x brape berjaya sbb duit disimpan diguna beli aset lain =( )
5) BABY ADIK =P (harap2 bapak insyirah bg green light) (alhamdulillah rezeki kami di hujung 2013. Syukur YA ALLAH)

Tu yang planning impian tambahan yang berjaya ada la sikit2
1) Kereta baru hadiah hari jadi ke 28 pengganti si JLK ku.. (lagi laju la merempit ke tempat keje..)
2)yang lain xde ape yg menarik. Tambah sikit bln 12 kami da dpt surat amik kunci rumah baru ALHAMDULILLAH... tapi disebabkan BPP x abis bayar lagi Isnin lepas baru berpeluang amik kunci. Padahal dari bln 11 gaji da kena tolak.. bertambah komitmen bulanan.

AZAM DAN KEINGINAN 2014

Tahun baru ni azam yang umum 

1) Meneruskan perubahan ke arah muslimah yang lebih baik.. Dalam perjalanan ke arah itu insyAllah. Semoga terus istiqamah.
2) Menjadi isteri, ibu dan anak yang lebih mithali dan solehah. InsyaAllah
3) Bekerja dengan lebih baik untuk rezeki yang berkat. InsyaAllah


Bab yang keinginan tu 2014 nih takde la sangat.

Alhamdulillah banyak dah Allah bagi rezeki tahun 2013. Tahun ni insyaAllah ingin lebih banyak MEMBERI.. Aminn... Semoga dipermudahkan. 

InsyaAllah Fokus utama pada keluarga, suami, insyirah dan bakal adik. tak lupa juga keluarga. Maka rumah baru di Seri Iskandar tu diberi keutamaan la.. Renovate besar2 takdela. Cukuplah kalo sempurna utk keluarga kecil kami. Baiti jannati. InsyaAllah..

HAPDET TERKINI INSYIRAH DAN IBU


Alhamdulillah, ibu da  minggu ke 14 kehamilan, mmg ramai tak tahu. kawan-kawan terdekat, rakan sekerja je yang tau. family pon baru tau. Semoga dipermudahkan untuk kehamilan kali ini.. dan semoga semuanya selamat. 

Insyirah pulak makin banyak perkataan, makin banyak akal, makin bnyk ayat dia boleh cakap. Alhamdulillah. 

Paling klaka skrg kalo naik kete bapak dia bawak laju. Brape kali je ibu ajar. Dia da pandai ikut

' Bapak, hati-hati'
'Bapak laju-laju' (yang ni ibu ajar bapak jangan laju)

Suka sangat dgn superhero. aptb. shamaman. (superman)

Makan nasi x brape suka. Ayam mmg makanan kegemaran. Roti. Biskut cecah nutella. Paling feveret gen ( vitagen). Bila da pandai bukak peti ais. mmg dia amik sendiri la... 

Dah boleh ikut arahan. Suruh basuh tangan sendiri. buang sampah. amik pampers. persediaan nak ada adik la ni.

Dalam proses melatih insyirah x pakai pampers. yang ni pengasuh dia yang latih. Ibu tak sanggup lagi memandangkan keadaan rumah yg bersepah dan bnyk brg. Persediaan nk pindah. hahah da pindah la baru latih. Mujur pengasuh dia sudi nk tlg latih. 

Raya cina lepas kami sempat la berjalan-jalan ke terengganu. Pegi kenduri kawen kawan. Bercuti la sekali.

k la sambung buat keja. budak2 tgh exam ada la masa lapang sikit kalo xde kelas. ok layan gambar je..

p/s : haha next update tatau la bile.. wakakaka mood malas melanda jiwa... 

syirah jalan-jalan tepi pantai kt terengganu

dari bilik kami di prinzpark

gambar dengan perantin.. heheh aina da kawen.. boss sy nih

Insyirah tgk pelik je muka cik na

family kecil kami

kami lagi

budak bergaya berkaca mata

ni anak bapak

gambar last ni kunci rumah kami.. alhamdulillah... ni kunci 5 sekawan.. ehhe housemate suka duka saya masa bujang n husband jauh.



 

Designed by Alieff Artwork