Friday, June 29, 2012

~~ Tips bantu anak berjalan (Insyirah da jalan)

assalamualaikum


Alhamdulillah pada usia 1 tahun 3 minggu... insyirah da mula melangkah.. mula-mula 4 langkah... naik sikit demi sikit.. skrg da bnyk langkah.. cuma kalo penat je tros dia duduk... kira lmbt jugak dia jalan.. kawan2 sebaya ramai yg belum setahun da jalan... 


Sy n bapak dia mmg galakkan dia jalan.. bantu dia berjalan.. bawak p taman pimpin dia jalan sama2.. sbb nmpk dia ni cam takut2...




Tips membantu anak berjalan


1. Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga semasa mengajar anak kecil anak berjalan. setakat ni selamat sbb takde tangga

2. Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.yup ini kami buat utk insyirah

3. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri. yup ini pon kami buat.. sbb dia mcm lmbt nk jalan sendiri kena la latih begini

4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah. rumah kami kecik maka penuh la dengan perabot jadi tpt berpaut

5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi. yup ini pon kami lakukan

6. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh. ini pon kami buat

7. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan. lame da tak pakai walker

8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman. Ini kami tak buat.. belum jalan da pakai kasut.. sebab takut masuk cacing.. mcm kotor je kalo nk biar kaki ayam luar rumah...

9. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan. ini bapak slalu buat.. ibu tak..hehe

10. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan. ini jugak kadang2 kami buat

11. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat. kadang2 sy paksa jugak.. huhuhu

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.ini kat supermarket ngn taman kami slalu buat

13. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda. emmmm ini belum sepenuhnya..huhuhu




okeh itu je info utk hari ni...


balik da... bye2

2 kawan baik hati:

Fiszah_pjo on June 29, 2012 at 5:17 PM said...

hehe..tips berguna..bab kasut tu ai setuju ngn u..tkot cacing..kasi je pakai kasut awal...

Anonymous said...

anak da seahun tapi knaper dia jalan berjingkit ekk??tapi tak jalan betul pun lagi masih memapah....

Post a Comment

 

Designed by Alieff Artwork