Wednesday, March 13, 2013

~~ UMRAH ( PART 1)

Assalamualaikum..

Maaf lah baru berkesempatan buat entry ni.. maklumlah sgt sgt sgt sibuk..
Sebab da janji kena la buat jugak.. InsyaAllah part by part ye..

Alhamdulillah akhirnya impian sy yang satu ni tercapai pada 1 Febuari hingga 14 Febuari 2013.
Alhamdulillah selepas 27 tahun sy dapat menjadi tetamu Allah dan RasulAllah.. Sebenarnya plan ni da lama sejak tahun lepas. family saya pergi ke sana mase cuti sekolah bulan 5. Saya tak dapat ikut sbb mase tu insyirah baru setahun n x pandai jalan lagi.. so tahun ni la baru rezeki tu smpai.

Start bln 11 sy da mencari2 travel agency yang sesuai dengan keadaan sy membawa anak kecil. Kami memilih Andalusia Travel and Tours. Sebab nak maencari hotel yang dekat. Memang plan nk bawak insyirah. Tapi penah gak hati rasa sangsi nak bawak ke tak. Sebab saudara mara n org sekeliling ade yg kata susah.
.
" susah la bawak anak"..

"nak pegi sana nak beribadat nanti anak kacau".

Saya mula berbelah bahagi.. Last2 ade ustaz cakap. 

" Bawak je. Anak kan anugerah.. rezeki dari Allah. Bukan untuk menyusahkan. InsyaAllah Allah mudahkan".

Saya terus yakin dengan keputusan nak bawak Insyirah. Saya yakin. Sambil tu saya mmg berdoa agar Allah mudahkan semua urusan... Alhamdulillah memang Allah mudahkan..

1 Febuari 2013
Pukul 12 da kene standby. Dalam kul 3 flight gerak. Alhamdulillah semua urusan lancar. tak tunggu lama nak masuk.. Allah mudhkan lagi. kami bertiga orang pertama yang dapat pasport. so mmg tak la bersesak2 masuk. masuk mmg lapang. Solat dkt balai berlepas pon mudah sbb kami antara org yang terawal masuk. ALHAMDULILLAH

Saya mmg tak amik seat untuk insyirah. sbb kena bayar 50% dari harga kami. So insyirah berkongsi seat dengan saya. Alhamdulillah Allah muddahkan lagi. Kami dpt seat bahagian depan yang luas. So insyirah boleh duduk2 dan baring di bawah. Flight 9 jam kut..

Kami terus masuk MAKKAH. So flight mendarat di Jeddah. Mase di airport Jeddah lama sikit. sbb mmg ramai org2 dari negara lain buat umrah gak. Nak berbaris masuk imigresen la lama. Insyirah mula2 ok lama2 dia mengamuk. Alhamdulillah Allah mudahkan. sahabat2 yang dari travel agency yang sama bagi saya terus ke depan tanpa beratur.

Lepas je imigresen insyirah tros elok siap bergelak ketawa.. Bapak dia siap cakap 'pandai berlakon nih'

Perjalanan dari Jeddah ke Makkah ambil masa dalam 1 jam setengah. Sampai2 kami teros ke hotel penginapan di Makkah Hilton Tower. Dari tingkap bilik nmpak sipi2 masjidilharam. Berehat2 sekejap teros kami bergerak ke Masjidilharam untuk buat umrah. Waktu masa tu kat sana dalam kul 3pagi. Memang sgt sejuk. Alhamdulillah mase tawaf insyirah tido dan tak buang air. Mase saie baru dia bangun. Memang tak menangis langsung. baik je dia. Ouh mase buat umrah kami 1 dan 2, tawaf saya pakai carrier bobo. Kurang la sikit penat mendukung. Car seat takleh bawak masuk. Mase umrah ketiga baru saya tolak pakai wheelchair. Kebanyakan kanak2 n baby kat situ kena sorong pakai wheel chair je.

Berapa hari kat mekah memang insyirah sgt behave.. Elok je tak buat perangai. Solat waktu kat masjidilharam pon mudah. dia suka merayap jela.. kalo tak tgk henpon. tapi takde kaco org solat la. seronok dia main dgn anak2 arab. Orang arab suka bagi makanan kat budak 2 ni..

Ade juga kejadian Allah nak uji saya. Lepas solat Maghrib nk ke Isyak kami akan stay kat masjid. Insyirah keluar dari bahagian solat wanita. Slalu dia akan keluar masuk. Tapi tiba2 dia takde masuk2. Sy jenguk kat luar da xde. meround jugak la saya cari. Hati da runsing. Sy tawakal. berdoa mase tu jugak. Hati sy tergerak nak masuk balik. Rupanya2 tgh bergambar dengan awek2 arab. Alhamdulillah selamat semua..

Kalo org arab dia ikat anak dia so x leh kemana la.. Sy x smpai hati.. ehhe












Panjang da kut sambung entry lain ye..

Part 2 : Ziarah sekitar Makkah dan Madinah

3 kawan baik hati:

MOMMYLIN on March 13, 2013 at 5:08 PM said...

info sangat berguna... =) thanks for sharing...

Bardboo on March 14, 2013 at 5:56 AM said...

teringinnya nak ke sana...tapi tak tahu la bila..

izyan asimat on March 14, 2013 at 11:02 AM said...

most welcom allene..

bard : insyaAllah satu hari nanti mesti dpt ke sana jgk

Post a Comment

 

Designed by Alieff Artwork